Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Xi puji cara pengendalian virus di Shanghai

    SHANGHAI, 8 APRIL – Presiden China Xi Jinping memuji strategi sifar-COVID negara yang ‘diuji’ hari ini, ketika pihak berkuasa Shanghai menyediakan hampir 130,000 katil bagi pesakit COVID di tengah-tengah peningkatan kes dan kemarahan awam.

    Sehingga Mac, China merekodkan jumlah kes rendah dengan langkah perintah berkurung tempatan, ujian saringan besar-besaran dan sekatan perjalanan antarabangsa.

    Namun negara itu telah melaporkan beribu-ribu kes harian dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan hab ekonomi dan pusat penularan, Shanghai diletakkan di bawah perintah berkurung kerana peningkatan jangkitan daripada varian mudah menular, Omicron.

    Pihak berkuasa Shanghai hari ini mengatakan 130,000 katil baharu dipersiapkan atau sedang dibina bagi penduduk positif COVID di kawasan sementara di bandar itu termasuk dewan-dewan pameran.

    Bandar itu melaporkan lebih 21,000 jangkitan baharu hari ini, majoritinya tidak bergejala.

    Namun Presiden Xi memuji respons COVID negara, mengatakan pada satu acara menghargai atlet Olimpik bahawa pengendalian negara pada Sukan Musim Sejuk menunjukkan bahawa dasar virusnya ‘sekali lagi berjaya menghadapi cabaran.’

    “Beberapa orang atlet asing memberitahu kita jika ada pingat emas untuk respons epidemik, ia seharusnya diberikan kepada China,” kata Xi pada majlis itu di Beijing. – AP

    Seorang pekerja kelihatan semasa pembinaan hospital sementara digunakan bagi pesakit koronavirus di Shanghai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...