Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Xi raih sokongan, terus berkuasa

    BEIJING, 23 OKT – Xi Jinping mencatata sejarah dan akan terus berkuasa pada penggal ketiga sebagai pemimpin China hari ini dan memilih kumpulan berpengaruh daripada kalangan sekutu rapatnya, menguasai sedekad Parti Komunis yang memerintah.

    Jawatankuasa Pusat parti itu memilih Xi sebagai setiausaha agung untuk penggal lima tahun lagi, membawa negara itu kembali ke arah pemerintahan satu orang selepas berdekad-dekad berkongsi kuasa dalam kalangan elit.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keseluruhan parti kerana menaruh kepercayaan kepada kami,” Xi memberitahu wartawan di Great Hall of the People di Beijing selepas undian yang dilakukan secara tertutup diumumkan.

    Xi, 69, juga dilantik sebagai ketua Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, mengekalkannya sebagai ketua Tentera Pembebasan Rakyat.

    Beliau juga kini dijangka akan melanjutkan penggal ketiga sebagai presiden negara itu, yang pengumuman rasminya akan dibuat pada sesi perundangan tahunan kerajaan pada Mac depan.

    Xi Jinping mendapat sokongan meluas dan telah dilantik sebagai setiausaha agung untuk penggal lima tahun lagi. – AP

    Perkembangan hari ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin paling berkuasa sejak Parti Komunis ditubuhkan oleh Mao Zedong.

    Dalam ucapannya hari ini, Xi meraikan kemajuan China sebagai kuasa dunia dan kejayaan di bawah pimpinannya.

    Enam orang daripada anak didik dan sekutu kepada Xi turut diumumkan hari ini berserta ahli Jawatankuasa Politburo.

    “Jawatankuasa yang baharu ini mengesahkan bahawa Xi mengukuhkan kuasanya di puncak Parti Komunis, yang tidak pernah disaksikan sejak era Mao,” kata Neil Thomas, seorang penganalisis kanan China di Eurasia Group.

    “Presiden China itu melantik sekutunya dalam kesemua tujuh kerusi badan pembuat keputusan tertinggi Parti Komunis, membolehkannya untuk mendominasi sistem politik kini dan pada masa hadapan.”– AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...