BEIJING, 31 MAC – Pemimpin China, Xi Jinping hari ini menyatakan sokongan kukuh bagi Afghanistan di sidang kemuncak serantau, namun tidak menyebutmengenai penganiayaan hak asasi kemanusiaan terhadap pemimpin Taliban negara itu.
Menteri Luar China, sementara itu, mengetuai gesaan agar Amerika Syarikat (AS) mencairkan aset Afghan di luar negara dan menamatkan sekatan ke atas kerajaan tersebut.
Xi menjamin sokongan China dalam satu mesej kepada satu perhimpunan perwakilan dari Afghanistan, China, Rusia, Pakistan, Iran, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan di bandar tengah China yang menonjolkan aspirasi Beijing dalam memainkan peranan utama di Afghanistan susulan pengunduran pasukan AS Ogos lepas.
“Afghanistan yang aman, stabil, membangun dan makmur’ adalah apa yang diimpikan oleh penduduk Afghanistan yang ‘memberi kepentingan bersama bagi negara-negara serantau dan komuniti antarabangsa,” kata Xi.
“China menghormati kedaulatan Afghanistan, kemerdekaan dan integriti wilayahnya dan komited dalam menyokong keamanan dan pembangunan stabil Afghanistan,” kata Xi dalam mesej-nya kepada perhimpunan di Tunxi, sebuah pusat bagi industri pelancongan di wilayah Anhui. Kementerian Luar Negeri China berkata peserta dalam mesyuarat itu mengeluarkan kenyataan bersama susulan rundingan tersebut, namun teks kenyataan tidak diperolehi.
Bagaimanapun, kementerian itu berkata pihak mereka bersetuju yang AS dan NATO perlu ‘bersungguh-sungguh terus bertanggungjawab bagi pembinaan dan pembangunan semula Afghanistan dan memulangkan harta rakyat Afghan secepat mungkin,” dalam merujuk kepada aset Afghanistan berjumlah AS$7 bilion yang dibekukan oleh AS. – AFP
