Xi tiba di Macau bagi sambutan ulang tahun

MACAU, 18 DIS – Presiden China, Xi Jinping tiba di Macau hari ini ketika bandar tersebut bersiap sedia untuk meraikan ulang tahun ke-20 sejak bekas tanah jajahan Portugis itu dikembalikan.

Keselamatan telah ditingkatkan menjelang lawatan tiga hari Xi dengan hari kemuncak sambutan diadakan pada Jumaat.

Kepimpinan autoritarian China berminat untuk menunjukkan Macau sebagai satu contoh berjaya bagi model ‘satu negara, dua sistem’ dengan para pemimpin parti memuji bandar yang memiliki penduduk 700,000 itu mudah dibentuk.

“Penduduk China dan kerajaan pusat berbangga dengan pencapaian dan kemajuan Macau telah lakukan 20 tahun lalu sejak pemulangannya ke tanah airnya,” kata Xi semasa tiba di lapangan terbang bandar itu, dengan rombongan kanak-kanak sekolah mengibarkan bendera Cina dan Macau. – AFP

Presiden Xi Jinping bersama isterinya Peng Liyuan berjalan di karpet merah di hadapan Ketua Eksekutif Macau, Fernando Chui (tengah) di lapangan terbang Macau pada 18 Disember. – AFP