BEIJING, 14 Mei – Presiden China Xi Jinping kelmarin menggesa China dan Greece untuk memperluaskan kerjasama dalam sektor telekomunikasi tenaga, infrastruktur, marin bagi memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Xi berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa ‘Satu Lingkaran Satu Jalan’ yang dijadualkan pada 14 dan 15 Mei.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-45 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Greece.
Memuji persahabatan dan kerjasama yang kuat antara kedua-dua negara, Xi berkata, China bersedia untuk mengekalkan pertukaran dalam peringkat tinggi dengan Greece, dan menjalin hubungan lebih rapat antara kerajaan di semua peringkat.
Beliau berkata kedua-dua negara perlu bekerjasama untuk memastikan pembangunan yang seimbang dalam perdagangan dua hala, dan meneroka potensi mereka dalam kerjasama budaya dan rakyat.