BEIJING, 31 Mei – Presiden Xi Jinping mengucapkan selamat Hari Kanak-kanak Antarabangsa kepada kanak-kanak di negara itu melalui surat kepada para pelajar di sekolah-sekolah rendah.
Xi berkata bahawa dia berharap para pelajar akan belajar lebih banyak tentang sejarah revolusi China, perkembangan dan reformasi; mengikut jejak langkah wira-wira; mengabdikan semangat pada tanah air dan rakyatnya serta meneruskan tradisi baik itu.
Dia berkata bahawa dia menjangkakan para pelajar untuk menghargai kehidupan indah mereka, memanfaatkan masa baik mereka dan belajar dengan tekun agar mereka dapat berbakti kepada negara, rakyat dan masyarakat di masa hadapan.
Surat Xi itu merupakan balasan surat daripada 51 pelajar Sekolah Rendah Zhaojin di Shaanxi, yang telah menerima lawatan Xi pada bulan Februari 2015. – Xinhua