Xiaomi gantung sementara perniagaan di Hong Kong

HONG KONG, 2 DIS – Pengeluar nombor dua telefon pintar China, Xiaomi mengantungkan sementara perniagaan saham mereka di Hong Kong hari ini selepas gagal mendedahkan penempatan tambahan bernilai berbilion dolar tepat pada waktunya untuk membuka pasaran.

Penggantungan yang jarang berlaku itu dibuat selepas perniagaan dimulakan dengan penyataan ringkas kepada pasaran saham dan kekal berada di kedudukan sepanjang pagi.

Perniagaan bermula sekali lagi pada sebelah petang sebaik sahaja makluman penuh saham dan penjualan bon dikeluarkan, meskipun saham jatuh lebih dari enam peratus.

Selepas itu, pasaran saham Xiaomi berkata mereka me-rancang untuk menjual 1 bilion saham dengan harga HK$23.70 setiap satu, meningkat kepada AS$3.1 bilion.

Mereka turut bercadang untuk menjual bon yang boleh ditukar, meningkatkan jualan bersih AS$855 juta.

Pasaran saham Hong Kong mewajibkan syarikat untuk memohon bagi menghentikan perniagaan jika maklumat dalaman tertentu telah diumumkan kepada orang ramai sebelum makluman rasmi.

“Ia sememangnya bukan perkara biasa bagi kami kerana syarikat lain menetapkan saham mereka selepas pengumuman rasmi setelah menetapkan harga,” kata Castor Pang, ketua penyelidikan di Core Pacific-Yamaichi International Hong Kong, memberitahu Bloomberg News.

Saham Xiaomi meningkat lebih dari 140 peratus tahun ini, didorong oleh masalah yang dialami oleh pesaing utama mereka, Huawei, yang terjejas teruk akibat sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat selepas ketegangan dengan Beijing berlaku.

Saham dan jualan bon akan membantu meningkatkan syarikat bagi memperoleh lebih banyak pasaran saham dari Huawei.- AFP