Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xiaomi lancar model baharu di India

    NEW DELHI, 15 Feb – Syarikat telekomunikasi gergasi China, Xiaomi melancarkan model terbarunya Redmi Note 5 dan Redmi Note 5 Pro dalam satu majlis pelancaran di India, semalam.

    Selain mempamerkan beberapa model telefon pintar, syarikat itu turut melancarkan siri televisyen terbaharu mereka Mi TV 4 di negara itu.

    “Kemuncak terbesar telefon pintar Xiaomi terbaharu ialah dengan kemunculan paparan yang besar dengan ukuran 5.99 inci 18:9, modul lampu selfie, termasuk bateri dengan kapasiti besar 4,000mAh,” menurut pendedahan yang dibuat oleh pegawai syarikat itu ketika mengulas spesifikasi model terbaharu telefon pintar mereka.

    Telefon pintar itu bakal dijual secara eksklusif di platform perdagangan dalam talian di negara itu, Flipkart, selain rangkaian peruncit Mi. Com dan Mi Home.

    Seorang pelanggan mencuba model telefon pintar yang terbaharu semasa majlis pelancaran di New Delhi, semalam. – AFP

    Telefon pintar Redmi Note 5 dan Redmi Note 5 Pro boleh didapati di India dengan masing-masing bermula pada harga AS$156 dan AS$218.

    “Buat masa sekarang, tumpuan kami lebih kepada telefon, termasuk beberapa siri model kecil seperti gelang Mi, power bank, Router Mi dan setentunya model terbaharu kami iaitu Mi TV.”

    “Kita memulakan perniagaan Mi TV di negara ini, kemudian baharu kita fikirkan untuk melancarkan lebih banyak model,” menurut Pengarah Urusan Xiaomi India, Manu Kumar Jain. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda