Telefon pintar perdana Xiaomi Mi 6 telah dilancarkan di acara di Beijing dan syarikat tersebut menekankan ciri-ciri baru yang ditampilkan seperti reka bentuk kaca 3D, pemprosesan Snapdragon 835, RAM 6GB dan kamera belakang dual.
Telefon pintar perdana ini dijanakan oleh SoC lapan teras Qualcomm Snapdragon 835 2.45GHz yang digandingkan dengan RAM 6GB dan Adreno 540 GPU. Lei Jun, pengasas dan CEO Xiaomi menyatakan bahawa Xiaomi Mi 6 dengan Snapdragon 835 mempunyai prestasi grafik yang lebih baik berbanding iPhone 7. Sementara itu, peranti itu juga dikatakan mampu mengalahkan Samsung Galaxy S8 dalam keputusan penanda aras seperti AnTuTu.
Paparan Xiaomi Mi 6 berukuran 5.15 inci pepenjuru dan menampilkan resolusi Definisi Tinggi penuh (1080×1920 piksel). Kecerahan maksimanya adalah 600 nit, namun ia dapat dikurangkan secara automatik sehingga 1 nit untuk mengelakkan sakit mata.
Ciri empat sisi lengkungan kaca 3D Xiaomi Mi 6 memberikannya daya tarikan. Sisi telefon pintar tersebut diperbuat daripada keluli tahan karat yang memberikannya tampak berkilat. Xiaomi tidak memasukkan jek fon kepala 3.5mm tapi telefon pintar tersebut mempunyai port USB Jenis-C.
Jun menekankan bahawa Xiaomi Mi 6 telah direka dengan penuh cermat seperti jam tangan. Dia juga menyatakan bahawa kamera dual di bahagian belakang telah diintegrasikan dengan lancar. Pengesan cap jari diletakkan di bawah permukaan kaca di bahagian depan. Dia menambah bahawa Mi 6 adalah tahan lama dan kalis percikan air.

Kamera Xiaomi Mi 6 ditampilkan di bahagian belakang. Ia memaparkan dual kamera bahagian belakang 12-megapiksel, penyusunannya hampir menyamai iPhone 7 Plus. Telefon pintar itu menampilkan lensa sudut luas 12-megapiksel dan satu lagi kamera telefoto untuk pembesaran 2x tanpa kehilangan kualiti yang ke-tara. Penglihatan binokular stereoskopik dan algoritma pembelajaran mendalam memberikannya pengenalpastian yang lebih tepat dalam gambar, kata Xiaomi. Kamera Mi 6 mempunyai fokus automatik pengesanan fasa dan fungsi anti goncangan empat paksi untuk memastikan gambar yang ditangkap tidak kabur.
Dari segi sambungan, Xiaomi Mi 6 menyokong 2X2 MIMO Wi-Fi dan rangkaian 4G+ dengan kelajuan muat turun sehingga 600Mbps serta kelajuan muat naik sehingga 100Mbps. Xiaomi Mi 6 mempunyai bateri sebesar 3350mAh dan memaparkan ciri-ciri seperti pembesar suara dual, Bluetooth 5.0, sokongan dual-SIM (4G + 4G/ 3G/ 2G), kamera depan 8-megapiksel dengan penangkapan video 1080p pada 30fps dan video gerak perlahan.
Xiaomi Mi 6 juga didatangkan dengan NFC dan telefon pintar ini juga sesuai dengan perkhidmatan pembayaran Mi Pay NFC syarikat itu. Xiaomi juga didatangkan dengan pengoptimuman MIUI baru yang membolehkan Mi 6 bertahan sehingga sehari penuh. MIUI kini juga dapat menyekat aplikasi, dapat menghentikan aplikasi latar belakang dan juga didatangkan dengan mod penjimatan bateri.