Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Xinjiang dikenakan sekatan COVID-19

    BEIJING, 6 OKT – Rantau Xinjiang di barat China telah dikenakan sekatan perjalanan COVID-19 ketika kerajaan meningkatkan langkah kawalan di seluruh negara itu menjelang kongres Parti Komunis bulan ini.

    Kereta api dan bas-bas keluar dan masuk ke rantau yang mempunyai 22 juta penduduk itu juga telah digantung manakala jumlah penumpang dan penerbangan juga dikurangkan kapasitinya menjadi 75 peratus, baru-baru ini, menurut laporan media China.

    Menurut makluman dari kerajaan serantau pada Selasa, langkah itu dikenakan untuk ‘mencegah penularan’ virus, ketika epidemik itu sudah menular ke rantau dan wilayah lain di China beberapa hari kebelakangan ini. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...