Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Y-NOT muncul juara kejohanan bola jaring perempuan terbuka

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Pasukan Y-NOT muncul juara dalam Kejohanan Bola Jaring Perempuan Terbuka Bawah 18 Tahun yang berlangsung di Sekolah Sukan, hari ini.

    Dalam perlawanan akhir antara pasukan Y-NOT dan pasukan ISB menyaksikan kemenangan bergaya berpihak kepada Y-NOT dengan keputusan akhir 23-5 menjadikan pasukan ISB menduduki tempat kedua. Sementara pasukan SSCUBS, menduduki di tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.

    Lapan buah pasukan berentap dalam kejohanan yang dianjurkan oleh BD Creative Centre iaitu pasukan Rimba Nets, SSCUBS, SMSIS, Fallen Angels, Y-NOT, ISB, Alpha Phoenix dan GG Netters.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengiran Anak Hajah Haffezah Syukrina binti Pengiran Anak Haji Hassanuddin.

    Dayang Izz’atul Fathiah binti Haji Hazman telah diumumkan sebagai penerima anugerah Tournament MVP.

    Objektif penganjuran kejohanan tersebut adalah bagi menggalakkan orang ramai ke arah mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti riadah dan sukan. Di samping itu, melalui penganjuran acara tersebut ia juga diharap dapat meningkatkan kerjasama berpasukan dan saling mendukung dalam kalangan peserta.

    Selain itu, ia juga diharapkan agar dapat membangunkan industri sukan bola jaring yang cukup berpotensi di negara ini pada masa yang akan datang.

    Pemain-pemain pasukan Y-NOT semasa meraikan kemenangan mereka.
    Tetamu kehormat majlis semasa menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
    Tetamu kehormat majlis semasa menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
    Antara aksi perlawanan akhir antara pasukan Y-NOT dan pasukan ISB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...