Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Untuk memberikan keselesaan berbuka puasa dalam bulan Ramadan dan tadarus kepada jemaah-jemaah masjid, Ya Nur Trading Company Sdn Bhd telah menyumbangkan sebanyak 500 air botol dan 26 kotak kurma kepada 26 buah masjid dan balai ibadat di Daerah Tutong.
Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Dewan Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, kelmarin.
Penyampaiannya telah disempurnakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung bersama Pengerusi dan Pengarah Urusan Ya Nur Trading Company Sdn Bhd, Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad Al-Hijazi.
Shaikh Khalid berkata, dengan adanya sumbangan ini diharap akan dapat meneruskan tradisi bulan Ramadan dengan sedekah dan mengharap untuk mendapatkan pahala serta redaNya jua.