Yahoo, Line bakal bergabung menerajui pasaran dalam talian

TOKYO, 18 NOV – Perkhidmatan dalam talian Yahoo Jepun dan Line Corp. mengumumkan penggabungan mereka.

Z Holding Corp., yang memiliki SoftBank Corp serta mengendalikan Yahoo Jepun dan Naver Corp. Korea Selatan, juga pemilik saham majoriti di Line berkata hari ini mereka menyasarkan keputusan akhir perjanjian akan dibuat pada bulan depan.

Gabungan dalam usaha sama melalui tawaran tender akan membentuk perkhidmatan dalam talian terbesar dengan perkhidmatan runcit, pengiklanan dan perkhidmatan mudah alih lain seperti perkhidmatan mesej.

Gabungan jualan mereka akan menjadi yang terbesar antara operasi perniagaan dalam talian di Jepun, mengatasi Rakuten Inc., menurut agensi berita Kyodo.

Syarikat-syarikat itu berkata penggabungan ini akan membolehkan mereka terus kekal berdaya saing dalam pasaran yang berubah secara drastik termasuk pengembangan kepada robotik dan bidang baharu yang lain.

Penyepaduan ini akan dilaksanakan secara sama rata, menurut syarikat-syarikat tersebut, tetapi harganya dijangka diputuskan pada bulan Disember.

Perbincangan masih dijalankan di antara Naver dan Z Holding sejak Jun, mereka berkata. Selepas satu kesepakatan dicapai, Line akan dihapuskan. – AP

Gambar menunjukkan logo Yahoo Jepun dan Line Corp, di Tokyo. – AP