Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Yaman cadang anjur persidangan penderma

ISTANBUL, 13 JUN – Ketua Majlis Pimpinan Presiden Yaman, Rashad Al-Alimi, kelmarin menggesa diadakan persidangan penderma untuk membina semula negara yang dilanda perang itu, lapor agensi Anadolu.

“Kami berusaha untuk mengatur pertemuan Arab dan antarabangsa untuk membina semula Yaman dengan penyelarasan menerusi gabungan pimpinan Saudi-Emirat dan Majlis Kerjasama Teluk,” kata Al-Alimi dalam ucapan di Liga Arab yang berpangkalan di Kaherah.

Al-Alimi menuduh pemberontak Houthi melanggar gencatan senjata yang diatur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Yaman dengan menyekat semula jalan raya di kawasan di bawah kawalan mereka.

Pada Jumaat lalu, Al-Alimi memulakan lawatan rasmi ke Mesir dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Abdel Fattah al-Sisi dan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit.

Sementara itu, pada 2 Jun lalu, puak-puak Yaman yang berperang bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata tambahan selama dua bulan. Di bawah gencatan senjata, yang pertama kali dicapai pada 2 April, semua operasi ketenteraan dihentikan. Perjanjian itu juga membenarkan operasi penerbangan komersial dari Lapangan Terbang Sanaa yang dikuasai pemberontak di ibu negara Yaman. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -