SANAA, 24 MAC – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar kit ujian COVID-19 serta kelengkapan perlindungan untuk petugas kesihatan di Yaman, menurut Twitter agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.
Peralatan itu akan diedarkan kepada pihak berkuasa kesihatan di bandar pelabuhan selatan Aden dan ibu kota Huthi, yang berada di bawah kawalan kerajaan Sanaa. Penghantaran dikendalikan kerajaan Arab Saudi.
Walaupun belum ada kes COVID-19 didaftarkan di negara yang dicengkam peperangan itu, kedua-dua pihak bertelagah tetap mengambil langah pencegahan awal.
Dihimpit masalah taun, pemakanan tidak seimbang dan difteria, Yaman tidak mempunyai keupayaan untuk mendepani wabak maut itu, perang saudara yang berlarutan sejak lima tahun lalu memusnahkan lebih separuh sistem penjagaan kesihatan. – Bernama/Xinhua