Yandex lancar telefon pintar pertama

MOSCOW, 5 Dis – Syarikat internet gergasi Rusia, Yandex hari ini melancarkan telefon pintar pertama sekali gus menamatkan keterujaan peminat teknologi selama berminggu-minggu menanti pelancaran tersebut.

Syarikat di sebalik enjin pencarian yang paling terkenal di Rusia baru-baru ini mempelbagaikan produk bagi mempertahankan pasaran saham terhadap Google, mencipta aplikasi telefon yang digunakan untuk menempah teksi dan makanan.

Telefon pintar baharu itu dikenali sebagai Yandex.Phone akan dijual esok di Rusia dan juga dalam dalam talian. Ia beroperasi dalam sistem android.

Sementara reka bentuknya dicipta oleh Yandex, telefon itu adalah buatan China.

Aplikasi Yandex untuk pembayaran, muzik, peta, teksi dan makanan dimuatkan di dalam telefon itu, yang juga menggunakan suara pintar yang dikenali sebagai Alice, di mana ia sama seperti Alexa ciptaan Amazon.

“Kami mencipta Yandex.Phone adalah untuk menawarkan telefon bimbit kepada pengguna Rusia yang dilengkapi dengan aplikasi tempatan yang akan membantu para pengguna dalam kehidupan harian,” menurut kakitangan Yandex, Fyidir Yezhov.

“Di dalam telefon pintar ini, aplikasi Yandex dilengkapi dalam bentuk ekosistem bersama Alice menjadi pusatnya. Ia tidak memerlukan untuk membuka aplikasi untuk menyelesaikan sesuatu perkara, cuma tanya Alice.”

Isyarat telefon itu merupakan fasa baharu yang utama dalam perkembangan Yandex dan direka untuk menyaingi Apple, Samsung dan Huawei.

Yandex bermula pada 1990 sebagai enjin pencarian yang sama seperti Google tetapi telah melebarkan sayap dalam Internet dengan mencipta aplikasi yang digunakan oleh rakyat Rusia setiap hari. – AFP

Fyodor Yezhov melihatkan Yandex.Phone semasa sidang media di Moscow kelmarin. – AFP