Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan hormat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan.

Turut hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar; Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Selain daripada memperkukuhkan lagi persahabatan dan hubungan baik kedua-dua belah pihak, kunjungan tersebut membincangkan hal-hal dan isu-isu yang menjadi keprihatinan bersama.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman semasa menerima kunjungan daripada Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman semasa menerima kunjungan daripada Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan.