Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    Yasin kesal dengan Ameng

    Sebelum ini, penyanyi Ameng berpendapat cadangan Yasin Sulaiman supaya kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula sememangnya tidak wajar dilakukan kerana ganja juga tergolong dalam kategori mengkhayalkan.

    Susulan itu, Yasin kesal dengan pendapat Ameng dan meminta penyanyi berkenaan untuk melakukan kajian lebih terperinci sebelum membantah cadangannya itu.

    Yasin turut merasakan Ameng seharusnya berfikir secara dalam dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.

    Bila saya dengar apa yang Ameng cakap saya pasti dia ignorant (kurang pengetahuan) mengenai kes yang dihadapinya dulu yang dia tidak tahu.

    Penyanyi tersebut meluahkan rasa kesal itu apabila ditemu bual selepas sebutan kes berhubung representasi tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor.

    Sekadar info, Yasin bernasib baik pada 6 Julai 2022 kerana tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram. – Agensi

    Yasin (kanan) yang ditangkap kerana memiliki dadah jenis ganja pada tahun lalu, kesal atas pandangan Ameng Spring (kiri) mengenai Akta Dadah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -