Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Yasin Sulaiman ubah hidup Faizal Tahir

    Mahu memberikan sokongan moral kepada Yasin Sulaiman, penyanyi Faizal Tahir memberitahu dia ada cuba menghubungi rakannya itu namun usaha tersebut tidak berjaya.

    Menurut Faizal, 44, sebagai sahabat dia turut bersedih dengan apa yang berlaku dan berharap penyanyi serta komposer itu mendapat pengadilan sewajarnya.

    Bercakap tentang sahabatnya itu, Faizal memberitahu Yasin adalah antara individu yang mengubah dirinya ke arah lebih baik selain memberi semangat untuk mendalami al-Quran.

    Tambah Faizal, Yasin juga disifatkan sebagai seorang yang memiliki hati bersih dan banyak membantu orang lain.

    Pada 18 Mei lalu, Mahkamah Seksyen menetapkan 22 Jun ini bagi sebutan semula kes Yasin berhubung pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis (ganja).

    Faizal harap terus beri sokongan buat Yasin. – Agensi

    Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memaklumkan pihak pendakwaan masih belum memperolehi laporan kimia.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

    Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

    Sementara itu di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan mengedar dadah jenis sama, Majistret Zhafran Rahim Hamzah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.

    Mengikut pertuduhan, penyanyi itu didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada tempat, waktu dan tarikh sama.

    Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...