Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Yassin Senario terkena tempias gara-gara kes Yassin Sulaiman

    Gara-gara memiliki nama sama, ahli kumpulan Senario iaitu Yassin berkata dia turut terkena tempias kes melibatkan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang didakwa atas pertuduhan mengedar dadah pada Mac lalu.

    Ketika kes itu menjadi perbualan hangat warganet, Yassin atau nama sebenar Yassin Yahya, 43, mendedahkan dia turut menerima kecaman di media sosial kerana ada yang menyangka dirinya adalah individu yang ditahan itu.

    Dia bagaimanapun tidak melatah sebaliknya bersyukur kerana nama kembali menjadi sebutan ramai.

    “Saya rasa bersyukur kerana nama saya naik semula. Bila orang tanya, saya kata Yassin dah betul tapi itu bukan saya… saya ‘brader Yassin’, sana ‘Yassin brader’.

    “Nama saya baharu sahaja naik selepas Gegar Vaganza dan tiba-tiba nama Yasin naik lagi, saya rasa bersyukur! Mula-mula ada orang kecam sebab mereka ingat itu saya.

    Yassin Senario disangka adalah individu yang ditahan kerana memiliki nama yang hampir sama. Beliau memahami situasi Yasin tersebut. – Agensi

    “Tapi saya tak kisah dan tak ambil hati pun. Lagipun benda ini saya dah pernah lalui. Saya ambil dari sudut positif. Saya bersyukur Allah SWT bagi nama saya disebut-sebut,” katanya kepada wartawan.

    Yassin ditemui ketika majlis pelancaran video muzik (MV) Suasana Di Hari Raya oleh Famili Kita di Wedding Studio, Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.

    Untuk rekod, Yassin pernah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2019 dan dia juga disahkan positif ganja ketika itu.

    Dalam pada itu, ahli kumpulan Sa.Ya ini menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kepada Yassin yang juga merupakan rakan seperjuangannya.

    “Bagi saya, apa yang berlaku mungkin sebab Allah SWT nak jentik hati dia supaya bertenang dan berehat sebab kuat bekerja. Macam saya dulu pernah rasai benda yang sama, jadi saya tahu.

    “Orang nampak macam musibah tapi bagi saya sendiri, saya mencari hikmah di sebalik musibah itu. Saya ambil perkara positif apa yang Allah SWT nak berikan.

    “Saya dah lalui, dahulu saya mengharapkan kepada makhluk, siapa nak tolong saya tapi sampai satu tahap, tak boleh berharap kepada makhluk, saya berharap kepada yang di atas (Allah SWT),” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...