Yates kekal kedudukan Jelajah Perancis

MONT AIGOUAL, PERANCIS, 4 SEPT – Pelumba Britain Adam Yates boleh mengekalkan pendahuluan Jelajah Perancis untuk seminggu lagi, kata pengarah perlumbaan selepas perlumbaan berakhir semalam di Taman Negara Cevennes.

Bekas pelumba Thierry Gouvenou menjelaskan kepada AFP bahawa keunikan tahun dan reka bentuk litar yang sukar mendorong keputusan yang diambil.

“Ia adalah tahun amat istimewa dan pelumba tidak pasti di mana mereka berada secara fizikal, maka ia akan menjelaskan sebab-sebab kenapa tidak adanya serangan hari ini, misalnya,” kata Gouvenou tentang kemenangan peringkat semalam oleh Alexey Lutsenko.

“Ia adalah lebih mengenai situasi COVID-19 daripada mengenai reka bentuk litar, yang meninggalkan banyak ruang untuk perlumbaan agresif,” jelas beliau.

“Bagi pelumba, ia adalah mengenai pengurusan usaha,” katanya.

Pelumba pasukan Mitchelton Britain Adam Yates memakai jersi kuning semasa tiba untuk menghadiri permulaan peringkat perlumbaan ke-6 edisi ke-107 Jelajah Perancis, 191km di antara Le Teil dan Mont Aigoual pada 3 September 2020. – AFP

“Walaupun tidak banyak yang berlaku di peringkat seperti hari ini, jika terdapatnya perbezaan masa besar, anda boleh katakan Jelajah sudah berakhir, di sini sekurang-kurangnya jelajah belum berakhir,” katanya sambil tersenyum.

Gouvenou berkata peringkat dua hujung minggu di Pyrenees juga mungkin tidak jelas dan memberikan peluang kepada Yates.

“Jika Yates boleh melepasi Pyrenees, dia boleh bertahan sehingga sekurang-kurangnya Peringkat 13 Puy Marie pada 11 September.

“Namun untuk menyimpulkannya, ia adalah tahun unik disebabkan masa rehat yang panjang, ia juga jelajah yang amat sukar di mana pelumba tidak pasti mengenai situasi mereka,” katanya. Yates, pelumba British berusia 28 tahun juga berkata semalam dia mungkin bertahan selama beberapa hari.

“Esok seharusnya senang,” kata Yates apabila ditanya mengenai pe-ringkat perlumbaan yang rata hari ini, di mana dia mungkin mengekalkan pendahuluan. “Saya datang ke sini untuk memenangi peringkat, maka sebaik sahaja kami berlumba di jalan pergunungan, saya akan cuba, mungkin di Pyrenees,” beritahunya pada sidang media selepas perlumbaan peringkat. – AFP