Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Bagi mengambil berat akan kesejahteraan dan kebajikan anak-anak yatim serta anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan, Yayasan Amal Zahara hari ini telah menyampaikan hamper Back to School kepada golongan penerima berkenaan.
Hadir menyempurnakan penyampaian hamper yang berlangsung di ibu pejabat yayasan tersebut di Kampung Sungai Akar ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad
Ruzaini.
Turut hadir menyaksikan penyampaian hamper berkenaan ialah ahli jawatankuasa pengelola Yayasan Amal Zahara.
Kempen Back to School telah diadakan pada awal tahun ini dan ia merupakan projek tahunan yayasan tersebut sejak ia mula ditubuhkan pada 2021.
Pengagihan hamper berkenaan akan dilaksanakan oleh Yayasan Amal Zahara di seluruh negara.