Tuesday, September 26, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Yayasan bantu mangsa kebakaran

    Oleh Sim Y. H. & Normazlina M.D

    Gambar oleh Muiz Matdani & Normazlina M.D

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Nasib mangsa kebakaran baru-baru ini terus mendapat perhatian apabila Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menyampaikan sumbangan kewangan kepada empat buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, Daerah Belait, Kampung Pengkalan Mau, Daerah Tutong dan Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan, Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

    Pada majlis penyampaian yang diadakan di ketiga-tiga daerah secara berasingan itu, sumbangan berjumlah $16,4500 keseluruhannya telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Yayasan, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny kepada ketua keluarga mangsa kebakaran berkenaan.

    Pada majlis yang berlangsung di RPN Kampung Lambak Kanan, Dato Paduka Awang Eddie menyampaikan sumbangan kepada Pengiran Haji Mustapa bin Pengiran Haji Ahmad.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...