Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Yayasan bantu mangsa musibah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah menyumbangkan sejumlah $28,300 kepada lima buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan sebuah keluarga yang terlibat dalam rumah roboh, pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Yayasan, hari ini.

    Bantuan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka itu telah diserahkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku ahli Lembaga Pengarah Yayasan dan pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-bantuan Yayasan.

    Ketua-ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan berkenaan ialah Dayang Nor Juliana binti Mahari dari RPN Kampung Pandan 5; Hajah Asmah binti Haji Tamin dari Kampung Sungai Tampoi; Dayang Rohaya binti Haji Abdullah dari Kampung Kandang, Serambangun Tutong; Dayang Jalimah anak Rangkai dari Kampung Api-Api, Seria dan Haji Rosli bin Haji Bakar dari STKRJ Kampung Katok B.

    Sementara ketua keluarga mangsa rumah roboh yang menerima sumbangan ialah Dayang Jalinah Sam Hamid dari Kampung Sungai Besar.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku pemangku pengarah urusan Yayasan.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sumbangan kepada ketua-ketua keluarga yang ditimpa musibah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...