Yayasan Gates bantu mudahkan akses pil COVID-19

WASHINGTON, 20 OKT – Yayasan Bill dan Melinda Gates hari ini mengumumkan membuat pelaburan sebanyak AS$120 juta dalam usaha untuk mempercepatkan akses bagi negara berpendapatan rendah mendapatkan ubat baharu anti COVID-19.

Rawatan, pil yang dipanggil molnupiravir yang dihasilkan oleh makmal di Amerika Syarikat, Merck, mengurangkan risiko dimasukkan ke hospital pada kadar separuh bagi pesakit COVID-19 yang mengambil ubat tersebut beberapa hari selepas dijangkiti, menurut kenyataan syarikat, dan mungkin lebih berkesan untuk mengelak daripada kematian berpunca daripada virus tersebut.

Dana dari Yayasan Gates akan digunakan untuk menggalakkan penghasilan bentuk generik bagi ubat oleh syarikat lain, terutama di India, yang mana Merck sudah memberikan kelulusan lesen seperti itu.

“Komitmen ini meneruskan usaha berterusan yayasan ini untuk meningkatkan akses vaksin COVID-19, merawat dan menguji melalui sokongan kajian dan perkembangan, tugas-tugas perundangan, penghasilan dan penghantaran produk,” menurut kenyataan daripada yayasan tersebut hari ini.

Ubat, berbentuk tablet, lebih mudah diagihkan berbanding pilihan rawatan yang ada ketika ini, mampu memberikan satu lagi peluang penting untuk melawan pandemik bagi negara yang masih bergelut untuk mendapatkan vaksin yang cukup untuk penduduknya.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) ketika ini menilai ubat itu untuk diberikan kelulusan di Amerika Syarikat. Merck meramal ia akan mampu menghasilkan dos yang mencukupi untuk 10 juta rawatan menjelang hujung tahun ini.

Tetapi risiko pengagihan berikutan perangkaan yang sama ketika vaksin COVID-19, hampir keseluruhannya tiba di negara kaya dahulu, dengan negara-negara miskin hanya mendapat bakinya.

“Bekalan global terhadap vaksin bergantung kepada negara-negara kaya,” kata Trevor Mundel, presiden Divisyen Kesihatan Global di Yayasan Gates, memberitahu AFP.

Memberikan syarikat lain untuk menghasilkan generik yang sama mungkin membantu memudahkan pengagihan di seluruh negara, tambahnya.- AFP

Bill Gates semasa berucap pada Sidang Kemuncak Pelaburan Global pada 19 Oktober lalu. Yayasan Bill mengumumkan membuat pelaburan dalam usaha untuk mempercepatkan akses bagi negara berpendapatan rendah untuk mendapatkan ubat baharu anti COVID-19.- AP