Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yayasan Petronas sumbang peranti digital kepada pelajar

    KOTA KINABALU, 4 JULAI – Seramai 1,726 pelajar di Sabah dan 118 pelajar di Labuan menerima peranti digital yang dilengkapi sambungan data bernilai RM4.6 juta sumbangan Yayasan Petronas bagi memudahkan akses pembelajaran dalam talian kepada pelajar daripada keluarga B40.

    Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Nelly Francis Shariah berkata sumbangan itu disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kinabatangan, Labuk dan Sugut, Semporna, Lahad Datu, Pitas, Ranau, Tenom, dan Jabatan Pendidikan Labuan bermula 29 Jun hingga 2 Julai.

    “Ia adalah sebahagian daripada komitmen Yayasan Petronas di bawah Program CERDIK yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh syarikat berkaitan kerajaan bagi memudahkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses pendidikan dalam norma baharu.

    “Hasrat kami melalui penglibatan dalam Program CERDIK ini adalah untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti secara saksama kepada pelajar ke arah merapatkan jurang digital dalam pembelajaran,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda