Friday, December 2, 2022
23.8 C
Brunei

-

Yayasan sambut Maulidur Rasul

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Bagi memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) melalui Badan Kebajikan Pekerja Yayasan hari ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1444H/2022M.

Hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan, Penolong-penolong Pengarah Urusan Yayasan, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan serta guru-guru Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis berkenaan merupakan salah satu aktiviti keagamaan Yayasan dalam meraikan hari-hari kebesaran Islam.

Pengiran Ahmad Faris Ramadhani menyampaikan ceramah semasa majlis berkenaan.- Gambar serahan Yayasan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -