Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yayasan Taiwan bantu mangsa kebakaran

    Oleh Faridah Ibrahim

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Feb – Mangsa-mangsa kebakaran pada 7 Disember tahun lalu di Kampung Lurong Dalam dan Kampung Pandai Besi terus menerima pemedulian daripada orang ramai dan terbaru, Yayasan Buddha Tzu Chi Taiwan di Negara Brunei Darussalam turut menghulurkan sumbangan.

    Pengerusi yayasan itu, Chung Lit Yan bersama rombongan menyampaikan sumbangan kepada wakil 26 keluarga mangsa kebakaran dari kedua-dua kampung itu pada majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kampung Pulaie, Unit Bantuan Bencana dan Perumahan JAPEM di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Selain sumbangan kewangan, mangsa-mangsa kebakaran juga menerima barangan pelantar apungan pelbagai guna.

    Chung Lit Yan (kanan) semasa mengangkat alat pelantar apungan pelbagai guna yang disumbangkan kepada mangsa-mangsa kebakaran (kiri).
    Chung Lit Yan (kanan) semasa mengangkat alat pelantar apungan pelbagai guna yang disumbangkan kepada mangsa-mangsa kebakaran (kiri).

    Penyampaian sumbangan disaksikan oleh Pemangku Pegawai Pembangunan Masyarakat JAPEM, Awang Mohammad Johardi bin Hamdi dan juga kakitangan unit itu.

    Beberapa penerima sumbangan ketika ditemui, melahirkan rasa bersyukur ke atas sumbangan yang tidak putus-putus diterima oleh mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda