Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Yazan mahu tingkatkan kualiti Liga-M

    PETALING JAYA, 16 JAN – Pemain pertahanan yang digelar ‘kereta kebal Jordan’ Yazan Al-Arab berhasrat untuk meningkatkan kualiti saingan Liga Malaysia (Liga-M) dengan kemasukannya ke Selangor FC.

    Beliau memberitahu walaupun menerima banyak tawaran untuk bermain di negara-negara Timur Tengah, beliau tetap memilih untuk berhijrah ke skuad Gergasi Merah dan melihat perkara itu sebagai satu cabaran buat dirinya.

    “Saya akan berusaha keras untuk tidak menghampakan penyokong dan cuba beri balik kepada peminat pasukan ini. Pada masa sama, saya juga ingin tukarkan persepsi pemain-pemain di sana (Liga Arab) mengenai liga di Malaysia.

    “Melalui pengalaman ini, saya akan cuba membuka pintu untuk mereka dari liga Arab atau Timur Tengah untuk bermain di sini dan berharap ia akan meningkatkan mutu bola sepak di Malaysia,” katanya kepada pemberita melalui penterjemah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

    Bekas pemain Al-Wehdat FC itu juga yakin untuk cepat menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak tempatan, dengan pengalaman luasnya bermain di pentas Asia seperti Liga Juara-juara Asia (ACL) dan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...