Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Yazid berjaya peroleh pingat di Kejohanan FIF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT- Mohamad Yazid bin Mohamad Taib, 30 tahun,  yang merupakan jurulatih kecergasan di Lockdown Gym, berjaya membawa pulang pingat perak bagi kategori Men’s Physique Novice Open dan dua pingat emas dalam acara Men’s Fitness 170cm ke bawah dan Men’s Sports Model 170cm ke bawah berserta trofi iringan, di Kejohanan Fitness International Federation (FIF) Yong Peng League Malaysia, pada 4 September lalu.

    Ketika ditemu bual, Mohamad Yazid menyatakan perasaan gembira beliau, selain turut berkongsi pengalaman ketika membuat persiapan bagi kejohanan tersebut.

    “Saya berasa sungguh bersyukur dan sangat gembira kerana berjaya memenangi kategori-kategori tersebut.

    “Sebelum berangkat pergi ke luar negara, saya menjalani latihan kecergasan selama 16 minggu dan diikuti dengan dua minggu latihan intensif di Lockdown Gym, di bawah pantauan jurulatih saya.

    “Selain itu saya turut memantau pengambilan nutrisi dan menjaga pemakanan agar keadaan fizikal saya berada dalam keadaan baik.”

    Awang Yazid meraikan kemenangan di Kejohanan Fitness International Federation (FIF)Yong Peng League Malaysia, baru-baru ini. – Gambar Serahan AJK Kejohanan Fitness International Federation (FIF)

    Ia merupakan pengalaman pertama bagi Mohamad Yazid dalam menyertai pertandingan bina badan dan sukan fizikal.

    Beliau bercadang untuk terus menyertai lebih banyak lagi pertandingan serupa pada masa akan datang.

    “Saya bercita-cita untuk memperbaiki lagi kekurangan yang ada pada diri saya dengan mengadakan lebih banyak latihan, selain belajar mengenai pemakanan dan latihan kecergasan yang bersesuaian untuk mendapatkan fizikal yang ideal bagi persediaan pertandingan yang akan datang.”

    Meletakkan teman-teman seperjuangan yang pernah memenangi kejohanan sebagai inspirasi, Mohamad Yazid turut melahirkan rasa berterima kasih kepada mereka yang tidak berhenti memberikan sokongan padu kepada beliau.

    Pada tahun lepas, Mohamad Yazid turut memenangi Pertandingan Sukan Tinju dianjurkan oleh Jab Gym, selain memenangi beberapa acara sukan tinju dan tekwando di dalam dan luar negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...