Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Yazmin Aziz cemas berdepan gempa bumi

    Penyanyi Yazmin Aziz berdepan detika cemas apabila terperangkap dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di Bandar Baguio, Filipina pada pagi Rabu lalu.

    Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Yazmin, 20, memberitahu itu adalah pengalaman pertama dia merasai gempa bumi dengan gegaran kuat sehingga terpaksa melarikan diri daripada bilik hotel ketika kejadian.

    “Dipindahkan dari hotel. Pertama kali kami melalui pengalaman gempa bumi,” tulisnya.

    Media tempatan melaporkan, gempa bumi berukuran 7.3 magnitud melanda daerah itu kira-kira pukul 8.43 pagi.

    Sementara itu, Yazmin ketika dihubungi mStar memaklumkan dia sepatutnya berangkat ke Manila hari ini namun tidak dapat berbuat demikian kerana terkandas disebabkan gempa bumi.

    Ia ekoran, laluan ke Manila ditutup akibat jalan raya yang rosak selain terdapat batu di atas jalan raya kesan gempa bumi tersebut.

    “Saya tidak boleh ke Manila hari ini kerana laluan tersekat dengan batu-batuan. Saya juga tidak boleh masuk ke hotel,” katanya ringkas.

    Tambah bekas peserta Big Stage 2022 ini, dia tidak dapat berkongsi maklumat lanjut mengenai situasi semasa di sana ekoran bateri telefonnya hampir padam. Yazmin difahamkan berada di Filipina bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya. – Agensi

    Yazmin Aziz berdepan detika cemas apabila terperangkap dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di Bandar Baguio, Filipina pada pagi Rabu lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...