Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Yazmin Aziz mahu serius jadi pelakon komedi

    Mula dikenali sebagai penyanyi selepas menyertai program Big Stage 2022 (BS22), Yazmin Aziz bagaimanapun tidak mahu membataskan bakat seninya hanya kepada bidang nyanyian sahaja.

    Diberi peluang berlakon dalam sebuah telemovie komedi berjudul Bunga Dan Kayu, Yazmin, 20, terbuka untuk menerima lebih banyak tawaran dan tidak kisah jika dia diberi watak komedi.

    “Saya harap kemunculan pertama sebagai pelakon dapat membuka mata banyak pihak dan diberi peluang lain. Saya tidak ada masalah untuk berlakon komedi dan di Malaysia pun tidak ramai pelakon komedi wanita. Jadi apa salahnya untuk saya lebih serius.

    “Menerima respons baik dari penonton membuatkan saya gembira dan sememangnya karakter komedi itu sudah ada dalam diri saya,” katanya kepada mStar. Berkongsi pengalaman di set penggambaran, kata Yazmin ia lebih mudah berbanding membuat persembahan di atas pentas sebagai penyanyi. Dalam masa sama, penyanyi kacukan Malaysia-Filipina ini akui proses menghafal skrip membuatkan dia lebih mahir bertutur dalam bahasa Melayu.

    “Apabila membaca skrip saya boleh belajar lebih banyak penggunaan bahasa Melayu dan sebenarnya tidak sangka saya boleh cepat ingat semua skrip,” jelasnya.

    Sementara itu, bercakap tentang perjalanan kerjaya selepas menyertai BS22, Yazmin akui jadualnya kini lebih sibuk apabila dia turut diberi peluang untuk menjadi pengacara.

    “Saya suka dengan jadual yang sibuk kerana ini adalah minat saya sejak dahulu lagi. Kesibukan membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja,” ujarnya. – Agensi

    Penyanyi kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz mahu cuba pelbagai cabang bidang seni. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...