Yee sang untuk kemakmuran perniagaan
Oleh Muiz Matdani Bagi melancarkan pembukaan perniagaan selepas cuti Tahun Baharu Cina, Hamitan Group of Companies melakukan Yee Sang atau melancarkan kemakmuran di premis pejabatnya di Serasa, Muara, semalam. Tidak seperti tradisi tahun sebelumnya, Yee Sang tahun ini hanya dilakukan bagi ahli keluarga dan pengurusan atasan yang hadir untuk mendoakan kemakmuran diketuai pengarah urusan Hamitan.





























