Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yellen dijadual bertemu TPM China

    WASHINGTON, 6 NOV – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen bersedia untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng, demikian menurut Jabatan Perbendaharaan hari ini, menjelang sidang kemuncak ekonomi di San Francisco di mana pemimpin kedua-dua negara itu dijangka bersidang.

    Yellen akan menjadi hos kepada He selama dua hari mesyuarat dua hala, pada ‘masa diplomasi yang lebih intensif’ bertujuan untuk menstabilkan hubungan dan membantu kemajuan dalam isu-isu ekonomi, kata Jabatan Perbendaharaan dalam satu kenyataan.

    Perbincangan pada Khamis dan Jumaat depan akan diadakan sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), yang dijangka akan menjadi latar belakang kepada pertemuan antara Presiden Joe Biden dan pemimpin China, Xi Jinping.

    Rumah Putih berkata Biden mengharapkan rundingan ‘konstruktif’ dengan Xi – yang merupakan rundingan pertama mereka sejak bertemu di Bali, Indonesia pada November 2022. Pertemuan yang dirancang oleh Yellen dengan He berlaku selepas ‘langkah-langkah penting’ dalam memperkukuhkan komunikasi antara kedua-dua negara itu, kata Jabatan Perbendaharaan. – AFP

    Yellen berjabat tangan dengan He semasa mesyuarat di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai di Beijing, China pada 8 Julai lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda