Yellen gesa ekonomi utama atur bajet ‘signifikan’

WASHINGTON, 8 APRIL – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen hari ini menggesa ekonomi-ekonomi utama dunia mengatur bajet baharu ‘signifikan’ dalam usaha bangkit semula daripada krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Meskipun prospek ekonomi ‘bertambah baik’ disebabkan adanya sokongan kukuh kerajaan, ‘peluang pekerjaan masih lembap disebabkan ketidakpastian dan risiko kekal yang dihadapi,” kata Yellen dalam satu kenyataan kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

“Dengan itu, saya menggesa ekonomi-ekonomi utama tidak membatalkan sokongan terlalu awal, namun berusaha menyediakan jumlah signifikan sokongan fiskal baharu bagi menyokong pemulihan ekonomi mapan,” tambahnya.

Yellen menekankan sejumlah AS$1.9 trilion pakej bantuan AS sudah pun diluluskan bulan lalu dan Presiden AS Joe Biden mencadangkan AS$2 trilion bagi program infrastruktur dan pekerjaan yang diumumkan minggu lalu.

IMF sudah pun mengkreditkan AS$16 trilion dalam perbelanjaan awam semasa pandemik bagi mengekang kerosakan kemelesetan terburuk dalam satu abad – yang boleh jadi tiga kali lebih teruk lagi. – AFP

Janet Yellen. –AFP