WASHINGTON, 20 Jan – Ketua Simpanan Persekutuan Janet Yellen semalam meluahkan keraguan mengenai penggunaan formula yang tidak fleksibel untuk menetapkan kadar faedah, seterusnya mempertahankan kedudukannya untuk merumuskan formula berkenaan.
Bercakap sehari sebelum pelantikan Presiden dipilih Donald Trump, Yellen juga mengulang tentangannya terhadap cadangan Kongres yang akan mengaudit bank pusat pada bila-bila masa ia menyimpang daripada peraturan ketat tersebut, satu tindakan yang dikatakannya mengancam kebebasan Persekutuan.
Pengerusi Persekutuan, yang telah menjadi sasaran kritikan Trump atas pengendaliannya terhadap dasar mata wang, sekali lagi mempertikaikan tentang penggunaan peraturan berfomula dan yang tidak fleksibel untuk menyelaras kadar faedah termasuk peraturan Taylor.
Peraturan Taylor, pada asalnya diterbitkan pada 1993, menggesa penyelarasan sistematik dalam kadar faedah oleh bank pusat berdasarkan tiga kelainan ekonomi, dua di antaranya tertakluk kepada tafsiran.
Sementara mereka boleh menjadi ‘standard berguna’ untuk Persekutuan, ‘peraturan tidak harus diikuti secara mekanikal, memandangkan melakukan demikian boleh memberikan kesan negatif kepada ekonomi’, beritahunya kepada Institut Penyelidikan Dasar Ekonomi Stanford di California.

Peraturan Taylor, misalnya akan menggunakan kadar faedah yang lebih tinggi ketika pemulihan AS yang lembap, kata beliau.
Namun apabila ia membabitkan masa untuk menjawab soalan daripada para hadirin, professor ekonomi Stanford John Taylor, penulis peraturan, bangkit untuk mencabar dasar Yellen.
Beliau berkata bahawa graf Yellen sendiri menunjukkan Persekutuan mungkin telah menyumbang kepada krisis kewangan dengan mengekalkan kadar terlalu rendah untuk masa yang terlalu lama.
Yellen tidak bersetuju dengan berkata masalah di pasaran perumahan bermula sebelum terdapat sebarang petanda yang menunjukkan kadar faedah adalah terlalu rendah.
“Untuk berkata ia bertanggungjawab atas krisis kewangan, saya rasa saya tidak akan besetuju dengannya,” beritahunya kepada Yellen. – AFP