BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Yellow Cab Pizza Co akan membuka cawangan keduanya di Kompleks Pelangi, Serusop, pada 18 Januari ini.
Dengan perasmian cawangan keduanya di negara ini, orang ramai dialu-alukan untuk datang menikmati promosi menarik yang ditawarkan bagi 10 transaksi pertama akan mendapat satu piza percuma, yang diadakan setiap bulan untuk setahun.
Selain itu, 150 pelanggan pertama yang membeli piza 10 inci akan mendapat piza kedua 10 inci dengan harga promosi.
Bagi piza kedua, para pelanggan bolehlah memilih mana-mana perisa piza dari NY Classic, Manhattan Meatlovers, Roasted Garlic & Shrimp atau Hawaiian.
Cawangan kedua yang bertemakan ‘indoor dining’ itu mampu menampung sehingga 35 orang pelanggan pada satu masa.
Perhiasan dalamannya selari dengan landskap bandar New York; bertemakan warna hitam, kelabu dan kuning dengan logo kuning Yellow Cab Pizza di pintu depan.
Setakat ini sebanyak lebih 170 buah cawangan Yellow Cab Pizza Co di seluruh 11 buah negara antaranya di China, Qatar, India, Jordan, Filipina, Singapura, Vietnam dan Negara Brunei Darussalam.
Ditubuhkan sejak 2001, Yellow Cab Pizza mempunyai kepakaran dalam penyediaan piza gaya New York, terkenal dengan menyediakan bahan-bahan premium dan ‘topping’ yang banyak.