Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Terkedu ditanya soalan panas

    Pelakon terkenal Indonesia Luna Maya (gambar) terkejut apabila diajukan soalan panas oleh pengacara Gofar Hilman dalam satu program temu bual, baru-baru ini.

    Menurut laporan Tabloid, Gofar bertanyakan sama ada Luna pernah melakukan perkara tidak baik di dalam kereta kesayangannya itu.

    “Awak pernah buat jahat dalam kereta tak? Kalau tak, jawab saja tak,” tanya Gofar.

    Terkedu mendengar soalan itu, Luna bertanya semula kepada Gofar apakah definasi jahat yang dimaksudkan itu. Tanpa menjawab soalan berkenaan, Luna mempersoalkan perkara yang sama kepada Gofar.

    “Tidak, saya percaya kalau buat apa-apa di dalam kereta yang saya beli dengan penat lelah, kalau dinodai begitu akan menyebabkan nasib malang,” jawab Gofar.

    Enggan isu itu dibahas, Luna meminta Gofar bercerita mengenai topik lain kerana baginya isu ini tidak sesuai dibicarakan secara umum.

    “Boleh (tukar) tema lain tak, agak panas ya topik ini, bukan topik yang perlu dibahas dalam content saya,” kata Luna sambil tertawa. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...