SALAH seorang ahli kumpulan P.O.P iaitu Yeonha terpaksa berehat dari dunia seni atas sebab masalah kesihatan.
Wakil agensi DWM Entertainment mengeluarkan kenyataan memberitahu jadual kerja Yeonha penuh menyebabkan dia jatuh sakit.
“Disebabkan jadualnya terlalu sibuk sehingga tidak menjaga kesihatan dan dia kini dalam proses rawatan untuk melihat sama ada dia menghidap penyakit Myasthenia Gravis atau tidak.
“Sebagai wakil agensi, kami mengambil berat tentang kesihatan artis di bawah pengurusan kami dan akan melakukan yang terbaik buatnya serta fokus pada rawatan.
“Kami minta maaf kepada peminat P.O.P yang bimbang dan berharap Yeonha cepat sembut. Jangan berhenti menyokong kumpulan ini,” katanya dipetik dari soompi.com.
P.O.P akan meneruskan promosi album mini pertama mereka berjudul Puzzle Of Pop yang hanya disertai lima orang ahli lain.