Yes Bank Ltd berdepan masalah kewangan

NEW DELHI, 6 MAC – Bank pusat India terpaksa campur tangan bagi menyelamatkan sebuah institusi kewangan utama negara itu, Yes Bank Ltd yang sedang bergelut dengan masalah kewangan.

Reserve Bank of India (RBI) telah menggantung operasi Yes Bank dan mengehadkan pengeluaran deposit pada 50,000 rupee (kira-kira RM2,800) untuk setiap akaun sebulan dan menggantikan semua ahli Lembaga Pengarahnya.

Yes Bank juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa firma ekuiti persendirian bagi mendapatkan suntikan modal, namun terbukti gagal setakat ini.

“Kedudukan kewangan Yes Bank Ltd telah mencatat penyusutan ketara berikutan kegagalan mengumpul modal untuk menangani potensi perugian pinjaman dan membawa kepada semakan penurunannya.– Bernama

Orang ramai beratur untuk membuat pengeluaran wang di luar pejabat Yes Bank di Mumbai, India. – AP