Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Yesung Super Junior tarik perhatian peminat

    Tindakan anggota kumpulan Super Junior iaitu Yesung memuat naik kapsyen menggunakan bahasa Melayu bagi mempromosikan video muzik berjudul Small Things daripada album solo pertamanya mengundang perhatian warganet.

    Ia menimbulkan tanda ta-nya dalam kalangan peminat termasuk kelab peminatnya dikenali ELF sama ada kap-syen berkenaan ditulis oleh orang Melayu atau ia merupakan terjemahan automatik di aplikasi TikTok buat peminat di Malaysia.

    Yesung menerusi hantaran tersebut memberitahu album terbaharunya yang dihasilkan dalam tempoh dua tahun akhirnya menemui peminat dan ia adalah hari istimewa buat dirinya.

    “Album yang saya siapkan selama 2 tahun akhirnya keluar.

    “Hari ini akan menjadi hari yang istimewa,” katanya di ruangan kapsyen video.

    Walaupun sebelum ini dia pernah menulis kapsyen dalam bahasa Melayu, namun biasanya idol K-pop itu akan menulis kapsyen sama ada dalam bahasa Korea atau pun Inggeris.

    Setakat hari ini, video yang dimuat naik di TikTok melalui akaun Yesung meraih 190,000 tontonan dan 38,000 tanda suka.

    Album solo pertama penyanyi itu berjudul Sensory Flows yang dilancarkan pada 25 Januari lalu mengandungi 10 buah lagu termasuklah sebuah lagu duet bersama Mark Lee dari kumpulan NCT yang bertajuk HO. – Agensi

    Kapsyen dalam bahasa Melayu tarik perhatian peminat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...