Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Yi Gang dilantik semula Gabenor Bank Pusat China

    BEIJING, 12 MAC – China hari ini melantik semula Yi Gang sebagai ketua Bank Pusat dalam usaha untuk memberi jaminan kepada usahawan dan pasaran kewangan dengan menunjukkan kesinambungan jawatan di peringkat atasan sementara perubahan pegawai ekonomi lain semasa tempoh yang tidak pasti dalam ekonomi kedua terbesar dunia.

    Yi, dengan jawatan rasminya Gabenor Bank Rakyat China, tidak memainkan peranan dalam menggubal dasar mata wang, tidak seperti rakan sejawatannya dalam ekonomi besar yang lain. Tugas rasminya terletak pada ‘pelaksanaan dasar mata wang’ atau melaksanakan keputusan yang dibuat oleh badan penggubal dasar di mana keahlian mereka dirahsiakan.

    Namun gabenor bank pusat yang bertindak sebagai jurucakap untuk dasar monetari, merupakan tokoh Cina paling berpengaruh dalam kewangan global dan bertanggungjawab menjamin pengurus bank dan pelabur pada masa apabila ekonomi China pulih daripada kemelesetan.

    Pada pembukaan sesi tahunan parlimen China, Kongres Rakyat Kebangsaan pada 5 Mac, China meng-umumkan pelan untuk memulihkan ekonomi lembap, menetapkan sasaran pertumbuhan pada 5 peratus tahun ini.

    Pertumbuhan pada tahun lalu merosot kepada 3 peratus, tahap kedua paling lemah sejak 1970, memberikan tekanan luar biasa kepada Presiden dan Ketua Parti Komunis pimpinan Xi Jinping untuk memulihkan ekonomi.

    Veteran jabatan dasar mata wang, Yi pertama dilantik Gabenor Bank Rakyat China pada Mac 2018, mengambil-alih daripada Zhou Xiaochuan. – AP

    Yi Gang, Gabenor Bank Rakyat China bercakap semasa sidang media di Pejabat Maklumat Majlis Negeri di Beijing pada 3 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...