Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Yin, Choi dahului Terbuka Dana LPGA

    WASHINGTON, 2 SEPT – Pemain golf remaja China, Yin Ruoning melakukan enam di bawah par 65 untuk berkongsi kedudukan pendahulu bersama Choi Hye Jin (Korea Selatan) dan Carlota Ciganda di pusingan pertama Terbuka Dana LPGA.

    Dia yang menduduki ranking ke-421 dunia dan berusia 19 tahun, membenam enam birdie pada 10 lubang terakhir untuk berkongsi kedudukan pendahulu di Highland Meadows Golf Club di Sylvania, Ohio.

    “Bulan lalu saya banyak menghabiskan masa dalam permainan pendek dan putt. Saya rasa ia memberi sedikit kesan kepada permainan saya,” kata Ruoning.

    Dia yang baru pulih dari kecederaan pergelangan tangan, tidak berjaya melepasi cut dalam tujuh daripada sembilan aksi permulaan LPGA tahun ini namun kali ini berjaya mempamerkan permainan terbaik.

    “Saya hanya mahu memberikan aksi terbaik di sini. Saya mahu menikmati permainan sebaiknya,” kata Ruoning.

    Beraksi buat kali ke-12 di Jelajah LPGA, Ruoning memulakan aksi dengan birdie dan namun dia melakukan bogey di lubang kelapan.

    Bagaimanapun, Ruoning kembali bangkit dengan membenam tiga birdie berturut-turut bermula dari lubang kesembilan. Dia kemudiannya melakukan birdie secara berselang di lubang ke-14, 16 dan 18 sebelum mengakhiri permainannya.

    Pemain nombor 18 dunia Choi, juga rookie yang mebgejar kemenangan LPGA pertamanya, menduduki tempat ketiga pada Terbuka Wanita AS tahun ini dan berkongsi kedudukan kelima pada Kejohanan PGA Wanita. Choi berkongsi tempat kedua pada Terbuyka Kanada minggu lalu, tempat 10 teratas kesembilannya pada musim ini. – AFP

    Aksi Hye-Jin Choi melakukan pukulan di lubang kedua semasa pusingan pertama kejohanan golf Dana Classic LPGA, di Kelab Golf Highland Meadows di Sylvania, Ohio, pada 1 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...