BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Berikutan maklum balas positif daripada orang ramai, YMRM akan mengadakan lagi jualan murah popular mereka dengan kali ini diadakan semasa Festival Kawin Letop 2017 pada 1 hingga 3 September ini di Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint, Gadong.
Sepanjang festival perkahwinan anjuran Battle Pro MMS itu, YMRM Enterprise akan menawarkan kain-kain terbaru mereka yang cantik dan berkualiti tinggi pada harga yang sangat rendah iaitu hanya $1 untuk setiap meter.
Untuk memenuhi kehendak ramai pelanggan, mereka akan menyediakan sebanyak 5,000 gulung kain yang berbagai-bagai tekstil dan tekstur serta mempunyai warna dan corak yang unik.
Selain YMRM Enterprise, festival perkahwinan berkenaan juga akan disertai pelbagai syarikat yang terdiri daripada butik perkahwinan, studio fotografi, juru mekap dan sebagainya, semuanya untuk memudahkan persiapan perkahwinan bagi pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Lebih daripada 15 syarikat akan menawarkan produk dan servis mereka di festival ini.