YMRM buka cawangan baharu

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – YMRM yang tidak asing dengan perniagaan tekstil di negara ini, telah membuka sebuah lagi cawangan baharu di kawasan Sengkurong yang dilancarkan hari ini.

Pelancaran cawangan kelima YMRM berkenaan telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir bersama Pengasas dan Pengerusi YMRM, Ramesh J Bhawani dan Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Paduka Lim Beng Thai.

Pembukaan cawangan baharu berkenaan dihasrat akan memberi keselesaan kepada pelanggan dan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai jenis kain dengan corak-corak terkini dan tersendiri.

Di samping menawarkan pelbagai jenis kain dengan corak-corak terkini, YMRM turut menawarkan sut dengan menggunakan fabrik yang berkualiti, lampu dan banyak lagi pada harga yang menarik.

Semasa majlis pelancaran tersebut, 300 pelanggan terawal berpeluang mendapatkan hadiah seperti tudung, kain dan lain-lain.

Dayang Rostinah bersama Ramesh J Bhawani dan Dato Paduka Lim Beng Thai semasa melancarkan cawangan baharu YMRM di Sengkurong.
Hiresh R Bhawani semasa menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran tersebut.
Pelbagai barangan yang boleh didapati di YMRM cawangan Sengkurong.