Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Yonnyboii puji komitmen tinggi Wani Kayrie

    Mahu meluangkan masa bersama keluarga sepanjang bulan Ramadan, penyanyi Wani Kayrie mengambil keputusan mengurangkan aktiviti seni.

    Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 22, bagaimanapun berkata dia sudah menyelesaikan tuntutan kerja sebelum berehat panjang di bulan puasa.

    Biarpun tidak aktif dalam bidang seni buat sementara waktu, Wani memberitahu dia sempat melancarkan lagu raya bersama penyanyi rap Yonnyboii berjudul Semangat Lebaran Kita.

    “Selain mengurangkan aktiviti seni sepanjang bulan puasa, saya mahu lebihkan masa dengan mengulangkaji pelajaran dan bersama keluarga.

    “Namun begitu, tuntutan kerja telah saya lunaskan terlebih dahulu. Saya juga berharap agar peminat semua terhibur dengan lagu dendangan saya dan Yonnyboii.

    Yonnyboii terbuka bergandingan dengan Wani. – Agensi

    “Semoga Ramadan kali ini serta Aidilfitri yang bakal tiba mengajar kita untuk menjadi individu yang lebih bersyukur berbanding sebelumnya dan sentiasa bersederhana ketika perayaan nanti,” katanya.

    Menariknya, Semangat Lebaran Kita nyanyian mereka berdua turut diangkat menjadi lagu tema Astro sempena sambutan Ramadan dan Aidifitri.

    Lagu ciptaan komposer dan penulis lirik Amy Bong serta Bab itu dihasilkan dengan genre alternatif pop moden diserikan lagi dengan petikan instrumen muzik jenis ‘akordion’.

    Dalam pada itu, Yonnyboii turut meluahkan rasa teruja pertama kali dapat bekerjasama dengan Wani yang dianggap seorang penyanyi yang komited dalam kerjaya.

    “Saya diberitahu oleh pihak label DefJam Recordings tentang pelawaan berkolaborasi dengan Wani dalam sebuah lagu raya dari pihak Rocketfuel. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...