Penyanyi dan komposer Yonnyboii rasa seperti tidak percaya sudah setahun sejak dia bergelar suami kepada Nik Nazira Narriman.
Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, berkata, dia merasakan seperti baharu semalam melangsungkan perkahwinan dan menyifatkan isteri pembawa sinar dalam kehidupannya.
“Selama hari ulang tahun perkahwinan sayangku. Sudah setahun kita bernikah, rasanya seperti baharu berkahwin semalam.
“Awak adalah insan pertama yang membuatkan saya rasa apa yang tidak pernah saya rasai. Awak adalah sinar dan harapan yang menyinari hidup saya,” katanya.
Yonny berkongsi perkara itu di Instagram bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama pada 20 November.
Dalam pada itu, Nik Nazira, 23, pula menerusi Instagram turut memberikan ucapan manis buat suami tersayang dan sebagai isteri dia berasa beruntung dapat bersuamikan Yonny.
Kata Nik Nazira, sebagai isteri dia berasa beruntung disayangi oleh Yonny sebagai suami.
“Selama 365 hari menjadi isteri awak merupakan satu perjalanan yang sagat mengagumkan.
“Saya tidak pernah terfikir betapa bertuahnya saya disayangi oleh suami seperti awak,” katanya.
Malah, Nazira berkata dia hanya mahu disayangi dan dilindungi serta tidak sabar untuk hidup bahagia bersama selamanya.
“Apa yang saya mahu hanyalah disayangi dan dilindungi seperti yang awak lakukan untuk saya sekarang.
“Suamiku, saya tidak sabar menunggu untuk terus bersama selamanya. Selamat hari ulang tahun perkahwinan cintaku,” kongsinya.
Sementara itu, Nazira sempat mempromosikan single duet pertama mereka yang berjudul Bag. Untuk rekod, Yonnyboii mendirikan rumah tangga bersama Nik Nazira pada 20 November 2021 selepas mengikat tali pertunangan selama sebulan. – Agensi