Yoo Jae Suk buat persembahan hap

Yoo Jae Suk telah menyelesaikan persembahan pertamanya sebagai pemain hap!

Untuk projek programnya “How Do You Play?,” Yoo Jae Suk muncul di atas panggung untuk ‘11 O’Clock Concert’ di Seoul Arts Centre dan mempersembahkan lagu Beethoven, Ich liebe dich melalui hap bersama pemain hap dari Symphony Orchestra Korea, Yoon Hea Soon.

Ich liebe dich pada asalnya sebuah lagu yang memerlukan suara, tetapi konduktor Yeo Ja Kyung menyusun lagu tersebut untuk meletakkan lebih perhatian pada hap terutamanya untuk projek ini.

Yoo Jae Suk belajar hap selama sebulan dari Yoon Hea Soon, dan dia berlatih dua kali dengan orkestra sebelum persembahan tersebut.

Berikutan persembahan itu, Yoo Jae Suk berkata, “Saya bermula tanpa mengetahui muzik klasik, tetapi sekarang saya lebih menyukai dan menghargai muzik klasik,” dan beliau menambah, “Saya berharap akan ada banyak orang yang ingin belajar hap selepas menonton siaran tersebut.” – Agensi

Yoo Jae Suk melakukan persembahan hap bersama Symphony Orchestra Korea melalui lagu Beethoven, Ich liebe dich. – Agensi