Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

Yoon Cheol Jong ditahan ambil ganja

SELEPAS Top (Big Bang) dibebaskan atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja, terbaru Yoon Cheol Jong dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan yang sama.

Bahagian Siasatan Jenayah Dadah Seoul mengemukakan kes tersebut untuk disiasat selepas ujian saringan dadah dilakukan terhadap salah seorang ahli kumpulan 10cm mendapati ia positif pada 18 Julai lalu.

Menurut laporan polis, sebelum ini Yoon Cheol Jong pernah ditangkap ketika sedang mengambil dadah di rumahnya pada Julai 2016.

Agensi pengurusan Yong Cheol Jong, Magic Strawberry Sound memberitahu mereka tidak boleh berhubung dengan artis mereka sejak kontraknya tamat pada pertengahan Jun lalu.

Yoon Cheol Jong ditahan kerana mengambil dadah jenis marijuana.
Yoon Cheol Jong ditahan kerana mengambil dadah jenis marijuana.

“Kami tidak tahu tentang kes Yoon Cheol Jong ditahan atas kesalahan mengambil dadah.

“Malah, awal bulan ini dia telah meninggalkan kumpulan 10cm kerana mempunyai masalah kesihatan,” kata wakil agensi.

Sehingga kini, masih belum ada laporan baru mengenai kes Yoon Cheol Jong.

Artikel sebelum ini1MINE terap ilmu keusahawanan
Artikel seterusnyaBatu nuklear ditemui
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -