Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Yoon Ji On tertekan bawa watak utama

    Menonton sendiri hasil kerjanya dalam drama terbaharu berjudul Tomorrow, pelakon Yoon Ji On mengakui sering tidak berpuas hati kerana baginya dia mampu melakukan lebih baik dalam setiap babak.

    Menurut Ji On, sebagai seorang pelakon dia sentiasa mahu memperbaiki mutu lakonan kerana jika dia terlalu selesa dengan hasil kerja sendiri akan membuatkan seseorang itu berhenti melakukan lebih baik.

    “Saya sering merasa tidak berpuas hati dengan semua lakonan sendiri. Saya melihat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

    “Perasaan itulah yang sering mendorong untuk saya terus berlakon. Saya mahu melakukan lebih baik.

    “Mana-mana pelakon pun akan rasa perkara sama. Jika mudah rasa puas hati dengan lakonan sendiri, awda akan berhenti untuk terus berkembang,” katanya seperti yang dipetik dari Soompi.

    Bercakap tentang drama tersebut, Ji On juga memberitahu dia tertekan walaupun diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama.

    “Cerita ini diambil dari sebuah siri kartun popular. Disebabkan itu saya rasa tertekan kerana apabila diberi watak utama saya perlu bekerja lebih keras.

    “Saya juga terkejut apabila menerima tawaran ini dan rasa gementar untuk bekerja dengan barisan pelakon hebat lain,” ujarnya. – Agensi

    Ji On sentiasa mahukan yang terbaik dalam lakonan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...